Assalamu'alaikum...


Wednesday, February 03, 2010



Menghayati Budaya Ilmu
'Faham Ilmu, Amalan dan Panduan'

Zaini Ujang, UTM Press, 2009.


Pendahuluan
Buku yang seharusnya menjadi kitab asas khususnya pada para penuntut, mahasiswa serta graduan yang telah mendahului merangkul ijazah agar pandangan alam kita tentang makna ilmu dan pendidikan menjangkau lebih luas dan mendalam. Walaupun hasrat dan niat penulis menghasilkan buku ini adalah bagi memenuhi keperluan mahasiswa universiti dan warga kampus dalam mengangkat semula pembinaan tamadun ilmu seperti yang telah dirakamkan dalam prakatannya.. namun hati saya cukup membuat saya terfikir sejenak... bagaimana budaya ilmu ini seharusnya mula dibaja dan disuburkan di peringkat awal persekolahan...?

Di sini saya merasa terpanggil untuk mengolah semula pengertian, pandangan, dimensi dan pengamalan budaya ilmu ini dari perspektif seoarang guru. Sekadar sedikit pengalaman lampau, saya masih teringat bagaimana cita-cita saya terbina dengan bimbingan dan nasihat guru-guru. Saya tidak nafikan semasa di sekolah dulu, terutamanya sekolah menengah... kami ditekankan untuk mengambil subjek2 sains supaya mudah menjadi jurutera, doktor, saintis dan yang sealiran dengannya. Kami sentiasa diingatkan supaya lulus dengan cemerlang, mendapat pangkat A dalam semua subjek dan apa sahaja yang tidak berkaitan dengannya perlu diletak ke tepi. Saya tidak menafikan kepentingan guru dan pihak sekolah (khususnya yang beraliran Sains) untuk mewawarkan hasrat dan matlamat ini kepada para pelajar, tetapi seharusnya mereka melalui beberapa proses kefahaman berkaitan pandangan alam berikutan makna dan erti ilmu, pendidikan dan kehidupan terlebih dahulu supaya walau siapa pun dia akan jadi dalam tempoh sepuluh tahun lagi.. jurutera, doktor, guru, peguam atau bekerja sendiri, walau dimana pun dia akan bekerja dan menjadi ahli masyarakat, pemimpin dan yang pastinya hamba, dia akan faham akan erti dia dihidupkan dan tanggungjawab yang perlu dipikulnya itu.

Saban hari kita mencari ilmu, mengajar ilmu, mencari rezeki yang baik dan halal dengan segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan, pernahkah kita terfikir kadangkala kita tersalah memberi pandangan, idea dan konsep asas kepada anak-anak didik kita.. kepada yang punya masalah pembelajaran, sudah pasti diketepikan dan dikemudiankan dalam segala hal.. dan kadangkala tidak diberi pengharapan untuk berjaya dan menjadi orang berguna suatu masa nanti... manakala yang berada di kelas-kelas cemerlang.. kita lambakkan dengan segala latihan dan tugasan agar mereka mendapat semua jawapan betul dan markah penuh tanpa mengendahkan proses yang mereka lalui untuk membuat tugasan dan mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut. Adakah kita sering mewawarkan pada mereka tujuan sebenar mereka menuntut ilmu, tidak kira samada ilmu sains, pendidikan Islam ataupun pendidikan Jasmani...? Adakah kita selalu meingatkan mereka tentang berfikir dan terus berfikir untuk mencari segala jawapan kepada segala persoalan mereka? Adakah kita memberi peluang bagi mereka untuk berlaku jujur dan mengasah bakat dan potensinya dalam segala bidang ilmu yang selari dengan tuntutan syariat?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa "sesuatu amalan itu bergantung kepada niat dan tujuan". Washington Irving juga pernah berkata "minda besar mempunyai matlamat, minda kecil hanya berangan-angan". Sebelum ke ulasan untuk bab-bab yang seterusnya, seperti yang dinukilkan oleh Prof. Zaini dalam pendahuluannya, saya berpandangan kita harus mulakan dengan mengajukan kepada para pelajar tentang niat dan matlamat belajar; sekurang-kurangnya mereka menjawab tiga soalan penting sebelum meninggalkan alam persekolahannya (rendah atau menengah):
1) Apakah matlamat saya selepas meninggalkan sekolah dan apakah cara untuk mengisi masa selepas meninggalkan alam persekolahan?
2) Apakah aliran yang sesuai dan Sekolah/Kolej/Universiti bagaimana yang bersesuaian dengan minat, bakat, potensi, kebolehan dan kelayakan saya?
3) Apakah makna Sekolah/Kolej/Universiti dalam hidup saya?

2 comments:

ummi afifah said...

mmg susah nak mengajak org berfikir... utk memahami keindahan mencari ilmu... smg kita terus gigih menjana minda generasi yg berilmu... InsyaAllah

Nor Azura Kamarudin Sohami said...

mmg betul ummi Afifah.. teringat kata-kata Prof Yusof baru ni ttg hadis Nabi (ada yg kata bukan hadis shahih) ttp tak salah utk mangambil kebaikan dan manfaat darinya.. iaitu 'Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.' Prof kata, Nabi kenal siapa org Cina malah pernah berperang dgn mereka. Nabi sgt kagum dengan industri pembuatan pakaian mereka yg mana dlm peperangan, semua yg pergi berperang pakai baju besi di luar.. namun begitu, pakaian di dalam baju besi itu berbeza bg org Arab dan org Cina. Kain membuat baju org Cina lebih lembut dan selesa ttp kain baju Arab kasar dan tak selesa. Nabi ingin sangat org Islam ketika itu mendalami pelbagai ilmu dr org Cina yg mahir dlm pembuatan tekstil, logam, batu -pembinaan Tembok Besar Cina menjadi bukti tamadun ini mempunyai ilmu yg tinggi. Maka, marilah kita terus menggali khazanah ilmu yg luas ini dan yg penting, amalkan dan tuntut keredhaanNya.

MARTABATKAN BAHASA MELAYU

http://3.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SbWC82h4wXI/AAAAAAAAAyQ/lEE8zDYGxCQ/s1600-h/ppsmi_02.png