Assalamu'alaikum...


Monday, July 12, 2010

Curaian nota (1) dari slot Motivasi keluarga Islam
oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Othman pada 11 Julai 2010 di Kompleks Rakan Muda Kamunting.

Isu kekeluargaan timbul kerana ramai yang mempermudahkan hal keluarga.
Hal ini juga bermula daripada kelopongan pengisian semasa kursus perkahwinan, tujuan menghadiri kursus hanya semata untuk mendapat sijil kelulusan untuk nikah dan bukannya untuk memahami fungsi sebenar perkahwinan dan pembinaan keluarga dalam Islam.

Persoalannya, adakah tugas mendidik dan membentuk watak anak tertanggung di atas bahu ibu bapa semata2? memang tersebut dalam hadith Nabi yang bermaksud.. Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keaadaan fitrah ibarat kain putih. Maka ibu bapanyalah yang mencorakkannya samada Nasrani ataupun Majusi. Namun bagi sesetengah keadaan, tidak semua susuk anak ini dibina atas sentuhan para ibu bapa. Jika tidak masakan Nabi Nuh sampai ke akhir hayat tidak dapat membimbing anaknya dan Nabi Ibrahim pula menjadi Rasul sedangkan bapanya orang yang kufur pada Allah dan tidak mahu menerima kebenaran. Prof Yusof menegaskan tidak semestinya dalam keadaan desakan faktor globalisasi yang menekan kita hari ini meneyebabkan kegagalan pembinaan institusi keluarga itu. Sirah juga membuktikan ramai ilmuan-ilmuan Islam lahir dalam keadaan sekelilingnya yang penuh dengan kemungkaran dan kebejatan sosial yang tinggi. Maka apakah ini menghalang mereka dari mendalami Islam dan runtuhnya kebahagiaan keluarga?

Evolusi keluarga.
1) Suatu masa dahulu keluarga mempunyai ciri dan sifat yang sangat besar atau dikenali sebagai 'community centric'. Sesebuah kampung itu merupakan satu keluarga besar bagi seorang anak. Semua ibu yang tinggal di kampung merupakan ibunya. Jika anak itu membawa kejayaan contohnya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, memasuki sekolah yang hebat ataupun universiti maka satu kampung tersebut akan meraikan kejayaannya. Begitu juga sebaliknya, jika anak itu membuat kesalahan, sudah pasti ibu-ibu lain juga akan menasihatinya. Dalam erti kata lain, semua orang merasakan tanggungjawab mendidik itu tertanggung pada bahu semua orang kerana dia adalah anak kepada warga kampung tersebut.

2) Kemudian ciri keluarga beralih kepada keluarga nukleus yang lebih tertumpu kepada 'family centric'. Anak-anak yang suatu masa dahulu tinggal di kampung kini telah berhijrah ke bandar. Dia berkahwin dan membina keluarganya di dalam komuniti yang asing baginya. Maka tumpuan membina keluarga hanya tertumpu pada keluarganya sahaja dan timbul persekitaran yang saya tidak berani/tidak perlu menegur anak jiran saya jika dia salah ataupun tidak prihatin yang anak jiran mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan .. sedar2, sudah keluar dari universiti dan akan kahwin tak lama lagi. Jiran dan kenalan tidak mengambil apa-apa peranan dalam membina watak anak-anak ini. Yang penting anak aku berjaya tanpa disedari anak jiran lain yang bernasib kurang baik darinya.

No comments:

MARTABATKAN BAHASA MELAYU

http://3.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SbWC82h4wXI/AAAAAAAAAyQ/lEE8zDYGxCQ/s1600-h/ppsmi_02.png