Assalamu'alaikum...


Tuesday, March 31, 2009

Teks Pengacaraan Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008 – 27 Oktober 2008

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari pulau mutiara,

Pemanis kata Selamat Datang,

Awal Bismillah pembuka Bicara.



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Exco Kerajaan Negeri Perak.

Yang Berusaha, En. Mustaffa b. Bakar, Yang DiPertua ABIM Taiping,

En. Zamri b. Ariffin, Setiausaha ABIM Daerah Taiping,

Tn. Hj. Abd. Latip b. Hj. Ismail, Pengarah TASKI ABIM Taiping,

Ahli-ahli Jawatankuasa EXCO ABIM TAIPING, Guru Besar TASKI ABIM,

Guru-guru TASKI, Barisan Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008, para waris/ibu bapa/penjaga yang dihormati seterusnya para pelajar TASKI ABIM yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tiggi kesyukuran dirafakkan kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, kita diberikan kemudahan untuk sama-sama dapat berkumpul bersama-sama di Dewan MPT ini, tidak lain dan tidak bukan bagi meraikan anak-anak didik kita setelah tamat pengajian mereka di TASKI-TASKI ABIM seluruh TAIPING bagi tahun 2008. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Besar Kita Muhammad SAW dan pihak majlis dengan besar hati mengalu-alukan kehadiran sidang tetamu, para waris dan ibu bapa serta hadirin semua ke Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008.

Sebagai pembuka tirai majlis ingin menjemput wakil pelajar dari setiap TASKI bagi membaca surah al-Fatihah, nyanyian lagu Negaraku, ikrar TASKI ABIM dan doa kedua ibubapa. Dipersilakan;

Adik MOHD ZAFRIN B. MEOR RAZALI dari TASKI Assam Kumbang

Adik MUHAMMAD HASIF B. AZIZI dari TASKI Taman Marissa

Adik ALIF ZULQARNAIN B. AMIR dari TASKI Taman Lela

Adik NOR HELMI B.NOR FUADI dari TASKI Kg. Pinang

Adik MUHAMMAD HAFIZ B. MAZLAN dari TASKI Taman Mewah

Dan Adik HARIZ B.SYAHMI B. HAIRO ROSE SIDI dari TASKI Kg. Jambu

Buat pengetahuan sidang hadirin, acara lafaz ikrar TASKI ABIM dan doa kedua ibu bapa akan diketuai oleh adik ALIF ZULQARNAIN B. AMIR dari TASKI Taman Lela.

Diminta sidang hadirin berdiri.

………………………………………………..

Jazakallahu Khairan Kathiro atas kerjasama yang diberikan.

Seterusnya, bagi memberkati lagi Majlis kita pada hari ini, majlis ingin menjemput Ustaz Abdul Rahman b. Abdullah, merangkap Guru Besar Sekolah Rendah ISLAM atau lebih dikenali dengan SRI ABIM TAIPING untuk bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………………..

Ameen…Ameen….Ameen Ya Robbal ‘Alamin. Jazakallah ustaz.

Dengan ini majlis ingin membawa sidang hadirin sekalian untuk sama-sama menikmati persembahan multimedia ABIM Taiping yang disediakan khas oleh Ustaz Hj. Abdul Mohsin b. Musa, merangkap Timbalan Yang Dipertua ABIM Taiping.

…………………………………………………

Syukran Jazilan atas halwa mata dan telinga yang cukup menarik sebentar tadi. Begitulah scenario yang pengrealisasian misi dan visi ABIM Taiping yang diterjemahkan melalui persembahan multimedia sebentar tadi.

Tanpa membuang masa lagi, Majlis ingin menjemput Tn. Hj. Abd. Latip b. Hj. Ismail selaku Pengarah TASKI ABIM Taiping bagi menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

……………………………………

Kiri jalan, kanan pun jalan,

Mana satu arah tujuan,

Syukran Pengarah TASKI kami ucapkan

Atas bimbingan serta dorongan.

Seterusnya, majlis ingin mempersilakan En. Mustaffa b. Bakar, Yang DiPertua ABIM Taiping bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala takzimnya dipersilakan.

……………………………………….

Syukran Jazilan buat Yang Dipertua ABIM Taiping atas ucapannya sebentar tadi.

Buah Langsat di tepi busut,

Mari dimuat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Tibalah masanya ke acara yang dinanti-nantikan. Dengan ini majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Exco Kerajaan Negeri Perak bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………………………

Jazakallahu Khairan Kathiro. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING bagi sidang 2008 .

Dengan ini, Majlis sekali lagi ingin menjemput En. Mustaffa b. Bakar, Yang DiPertua ABIM Taiping bagi mengiringi Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof bagi menyampaikan Hadiah kepada para anak didik yang dikasihi sekalian. Dengan segala hormatnya dipersilakan.



  1. Bagi penyampaian Hadiah PELAJAR CEMERLANG:
  2. Seterusnya bagi Hadiah Tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA untuk Pelajar Tahun 5
  3. Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA bagi Pelajar Tahun 6
  4. Seterusnya majlis ingin mengumumkan anugerah Guru Cemerlang. Pada tahun ini 2 orang guru telah terpilih dan dengan ini majlis dengan besar hati mempersilakan
    1. Cik Asmaa Diyanah bt. Yaacob dari TASKI Tmn. Lela dan
    2. Cik Nurul Akmalily bt. Md. Salleh dari TASKI Kg. Jambu

Bagi menerima anugerah GuruCemerlang bagi tahun 2008.

Maka dengan ini selesai sudah penyampaian hadiah kepada anak-anak didik yang dikasihi serta para guru yang banyak menyumbang bakti. Tahniah kepada semua dan semoga proses menimba ilmu ini tidak berakhir disini malah diteruskan dengan penuh iltizam lagi selepas ini.

Setenang-tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke hulu

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik dikenang selalu.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan En. Mustaffa b. Bakar, Yang Di Pertua ABIM Taiping bagi menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Exco Kerajaan Negeri Perak.

……………………………………………………………..

Jazakallahu Khairan Kathiro. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat menyempurnakan acara penyampaian hadiah buat anak-anak didik TASKI ABIM Taiping pada Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008. Majlis mempersilakan Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, diiringi oleh YDP ABIM Taiping serta barisan Exco ABIM Taiping bagi menikmati jamuan ringan yang disediakan. Dipersilakan.


1 comment:

pokerv99 said...
This comment has been removed by the author.

MARTABATKAN BAHASA MELAYU

http://3.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SbWC82h4wXI/AAAAAAAAAyQ/lEE8zDYGxCQ/s1600-h/ppsmi_02.png