Salam Ramadan al-Mubarak...
Ramadan kali ini sangat bermakna... selain dari meneruskan rutin-rutin dan ibadah khusus dalam bulan Ramadan, saya mendapat seribu hikmah sedari mula hari pertama berpuasa...
Selepas mendapat berita rakan muallaf saya Azman Lee Abdullah kembali ke rahmatullah,(seminggu sebelum Ramadan) saya rasa agak terkilan... mungkin kerana ada beberapa hajat beliau yang tidak sempat saya tunaikan, tetapi yang lebih memilukan ialah beliau meninggalkan 2 orang anak yang masih bersekolah...Anisa Lee dan Adiel Lee... ibu mereka telah lama meninggalkan mereka...dan sekarang mereka tinggal bersama seorang nenek yang tua (78 tahun) yang baru memeluk Islam hampir 3 tahun yang lepas... dan seorang pakcik yang kurang upaya, tidak mampu menjaga mereka malah dia yang perlu diurus dengan baik...
Kini, saya mempunyai 2 orang anak 'segera'... Allah Maha Besar lagi Maha Mengasihani.. Rutin hidup saya sangat padat... kerja sekolah yang tak pernah lekang, kerja di rumah yang sedia menunggu, kerja dakwah yang menuntut segenap mujahadah dan pengorbanan dan kini 2 orang anak yang saya perlu pastikan tarbiyyah, kasih sayang dan keperluan asas mereka terjaga. Moga Allah berikan kekuatan dan hidayah dalam barakah bulanNya yang mulia ini....