Assalamu'alaikum...


Monday, July 12, 2010

Curaian nota (1) dari slot Motivasi keluarga Islam
oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Othman pada 11 Julai 2010 di Kompleks Rakan Muda Kamunting.

Isu kekeluargaan timbul kerana ramai yang mempermudahkan hal keluarga.
Hal ini juga bermula daripada kelopongan pengisian semasa kursus perkahwinan, tujuan menghadiri kursus hanya semata untuk mendapat sijil kelulusan untuk nikah dan bukannya untuk memahami fungsi sebenar perkahwinan dan pembinaan keluarga dalam Islam.

Persoalannya, adakah tugas mendidik dan membentuk watak anak tertanggung di atas bahu ibu bapa semata2? memang tersebut dalam hadith Nabi yang bermaksud.. Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keaadaan fitrah ibarat kain putih. Maka ibu bapanyalah yang mencorakkannya samada Nasrani ataupun Majusi. Namun bagi sesetengah keadaan, tidak semua susuk anak ini dibina atas sentuhan para ibu bapa. Jika tidak masakan Nabi Nuh sampai ke akhir hayat tidak dapat membimbing anaknya dan Nabi Ibrahim pula menjadi Rasul sedangkan bapanya orang yang kufur pada Allah dan tidak mahu menerima kebenaran. Prof Yusof menegaskan tidak semestinya dalam keadaan desakan faktor globalisasi yang menekan kita hari ini meneyebabkan kegagalan pembinaan institusi keluarga itu. Sirah juga membuktikan ramai ilmuan-ilmuan Islam lahir dalam keadaan sekelilingnya yang penuh dengan kemungkaran dan kebejatan sosial yang tinggi. Maka apakah ini menghalang mereka dari mendalami Islam dan runtuhnya kebahagiaan keluarga?

Evolusi keluarga.
1) Suatu masa dahulu keluarga mempunyai ciri dan sifat yang sangat besar atau dikenali sebagai 'community centric'. Sesebuah kampung itu merupakan satu keluarga besar bagi seorang anak. Semua ibu yang tinggal di kampung merupakan ibunya. Jika anak itu membawa kejayaan contohnya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, memasuki sekolah yang hebat ataupun universiti maka satu kampung tersebut akan meraikan kejayaannya. Begitu juga sebaliknya, jika anak itu membuat kesalahan, sudah pasti ibu-ibu lain juga akan menasihatinya. Dalam erti kata lain, semua orang merasakan tanggungjawab mendidik itu tertanggung pada bahu semua orang kerana dia adalah anak kepada warga kampung tersebut.

2) Kemudian ciri keluarga beralih kepada keluarga nukleus yang lebih tertumpu kepada 'family centric'. Anak-anak yang suatu masa dahulu tinggal di kampung kini telah berhijrah ke bandar. Dia berkahwin dan membina keluarganya di dalam komuniti yang asing baginya. Maka tumpuan membina keluarga hanya tertumpu pada keluarganya sahaja dan timbul persekitaran yang saya tidak berani/tidak perlu menegur anak jiran saya jika dia salah ataupun tidak prihatin yang anak jiran mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan .. sedar2, sudah keluar dari universiti dan akan kahwin tak lama lagi. Jiran dan kenalan tidak mengambil apa-apa peranan dalam membina watak anak-anak ini. Yang penting anak aku berjaya tanpa disedari anak jiran lain yang bernasib kurang baik darinya.

Wednesday, February 03, 2010



Menghayati Budaya Ilmu
'Faham Ilmu, Amalan dan Panduan'

Zaini Ujang, UTM Press, 2009.


Pendahuluan
Buku yang seharusnya menjadi kitab asas khususnya pada para penuntut, mahasiswa serta graduan yang telah mendahului merangkul ijazah agar pandangan alam kita tentang makna ilmu dan pendidikan menjangkau lebih luas dan mendalam. Walaupun hasrat dan niat penulis menghasilkan buku ini adalah bagi memenuhi keperluan mahasiswa universiti dan warga kampus dalam mengangkat semula pembinaan tamadun ilmu seperti yang telah dirakamkan dalam prakatannya.. namun hati saya cukup membuat saya terfikir sejenak... bagaimana budaya ilmu ini seharusnya mula dibaja dan disuburkan di peringkat awal persekolahan...?

Di sini saya merasa terpanggil untuk mengolah semula pengertian, pandangan, dimensi dan pengamalan budaya ilmu ini dari perspektif seoarang guru. Sekadar sedikit pengalaman lampau, saya masih teringat bagaimana cita-cita saya terbina dengan bimbingan dan nasihat guru-guru. Saya tidak nafikan semasa di sekolah dulu, terutamanya sekolah menengah... kami ditekankan untuk mengambil subjek2 sains supaya mudah menjadi jurutera, doktor, saintis dan yang sealiran dengannya. Kami sentiasa diingatkan supaya lulus dengan cemerlang, mendapat pangkat A dalam semua subjek dan apa sahaja yang tidak berkaitan dengannya perlu diletak ke tepi. Saya tidak menafikan kepentingan guru dan pihak sekolah (khususnya yang beraliran Sains) untuk mewawarkan hasrat dan matlamat ini kepada para pelajar, tetapi seharusnya mereka melalui beberapa proses kefahaman berkaitan pandangan alam berikutan makna dan erti ilmu, pendidikan dan kehidupan terlebih dahulu supaya walau siapa pun dia akan jadi dalam tempoh sepuluh tahun lagi.. jurutera, doktor, guru, peguam atau bekerja sendiri, walau dimana pun dia akan bekerja dan menjadi ahli masyarakat, pemimpin dan yang pastinya hamba, dia akan faham akan erti dia dihidupkan dan tanggungjawab yang perlu dipikulnya itu.

Saban hari kita mencari ilmu, mengajar ilmu, mencari rezeki yang baik dan halal dengan segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan, pernahkah kita terfikir kadangkala kita tersalah memberi pandangan, idea dan konsep asas kepada anak-anak didik kita.. kepada yang punya masalah pembelajaran, sudah pasti diketepikan dan dikemudiankan dalam segala hal.. dan kadangkala tidak diberi pengharapan untuk berjaya dan menjadi orang berguna suatu masa nanti... manakala yang berada di kelas-kelas cemerlang.. kita lambakkan dengan segala latihan dan tugasan agar mereka mendapat semua jawapan betul dan markah penuh tanpa mengendahkan proses yang mereka lalui untuk membuat tugasan dan mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut. Adakah kita sering mewawarkan pada mereka tujuan sebenar mereka menuntut ilmu, tidak kira samada ilmu sains, pendidikan Islam ataupun pendidikan Jasmani...? Adakah kita selalu meingatkan mereka tentang berfikir dan terus berfikir untuk mencari segala jawapan kepada segala persoalan mereka? Adakah kita memberi peluang bagi mereka untuk berlaku jujur dan mengasah bakat dan potensinya dalam segala bidang ilmu yang selari dengan tuntutan syariat?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa "sesuatu amalan itu bergantung kepada niat dan tujuan". Washington Irving juga pernah berkata "minda besar mempunyai matlamat, minda kecil hanya berangan-angan". Sebelum ke ulasan untuk bab-bab yang seterusnya, seperti yang dinukilkan oleh Prof. Zaini dalam pendahuluannya, saya berpandangan kita harus mulakan dengan mengajukan kepada para pelajar tentang niat dan matlamat belajar; sekurang-kurangnya mereka menjawab tiga soalan penting sebelum meninggalkan alam persekolahannya (rendah atau menengah):
1) Apakah matlamat saya selepas meninggalkan sekolah dan apakah cara untuk mengisi masa selepas meninggalkan alam persekolahan?
2) Apakah aliran yang sesuai dan Sekolah/Kolej/Universiti bagaimana yang bersesuaian dengan minat, bakat, potensi, kebolehan dan kelayakan saya?
3) Apakah makna Sekolah/Kolej/Universiti dalam hidup saya?

Thursday, September 10, 2009



Salam Ramadan al-Mubarak...

Ramadan kali ini sangat bermakna... selain dari meneruskan rutin-rutin dan ibadah khusus dalam bulan Ramadan, saya mendapat seribu hikmah sedari mula hari pertama berpuasa...

Selepas mendapat berita rakan muallaf saya Azman Lee Abdullah kembali ke rahmatullah,(seminggu sebelum Ramadan) saya rasa agak terkilan... mungkin kerana ada beberapa hajat beliau yang tidak sempat saya tunaikan, tetapi yang lebih memilukan ialah beliau meninggalkan 2 orang anak yang masih bersekolah...Anisa Lee dan Adiel Lee... ibu mereka telah lama meninggalkan mereka...dan sekarang mereka tinggal bersama seorang nenek yang tua (78 tahun) yang baru memeluk Islam hampir 3 tahun yang lepas... dan seorang pakcik yang kurang upaya, tidak mampu menjaga mereka malah dia yang perlu diurus dengan baik...

Kini, saya mempunyai 2 orang anak 'segera'... Allah Maha Besar lagi Maha Mengasihani.. Rutin hidup saya sangat padat... kerja sekolah yang tak pernah lekang, kerja di rumah yang sedia menunggu, kerja dakwah yang menuntut segenap mujahadah dan pengorbanan dan kini 2 orang anak yang saya perlu pastikan tarbiyyah, kasih sayang dan keperluan asas mereka terjaga. Moga Allah berikan kekuatan dan hidayah dalam barakah bulanNya yang mulia ini....

Sunday, May 17, 2009

My venerated and renowned friend, Izzah... I'm amazed! 2 years baby growing up - nurtured in the parliament... where would you be Raja Nur Safiyah, another 25 years?



Sunday May 10, 2009
It’s not easy juggling ‘two jobs’

KUALA LUMPUR: Busy mum Nurul Izzah Anwar insists on breast-feeding her daughter Raja Nur Safiyah and on days when the Parliament sits, the baby joins her there to be nursed.

Raja Nur Safiyah was only a few months old when Nurul Izzah, 29, won the Lembah Pantai parliamentary seat in the March 8 general election.
Quality time: Nurul Izzah playing with Raja Nur Safiyah at their home in Bukit Segambut.

Fortunately for the new Member of Parliament (MP), she can breast-feed in privacy using her mother’s former room at the Parliament office tower.

A partition had been created for Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, then the Opposition Leader, to rest and pray.

When her father Datuk Seri Anwar Ibrahim took over from Dr Wan Azizah, Nurul Izzah continued to breast-feed behind the partition.

“I prefer to breast-feed my daughter until she turns two,” said Nurul Izzah.

Chief administrator of Parliament building Datuk Kamaruddin Baria, when asked about a nursing room, said the administration would have to create space if Nurul Izzah requested for it.

Now seven months into her second pregnancy, Nurul Izzah will probably be the first woman to deliver a baby as a serving MP - and she insists on breast-feeding her second child as well.

Asked how she would cope with a newborn, a toddler and her duties as an MP, Nurul Izzah, who is still busy organising functions and activities in her constituency said: “I have no answer for that. It is not an easy task for any other working mother for that matter.”

Nurul Izzah’s husband Raja Ahamad Shahrir is working overseas and only comes home during weekends.

She said motherhood has made her more sensitive to the plight of single mothers and the struggles of women.

“It is tough, tiring but challenging,” she said.

Saturday, May 09, 2009

SURI TAULADAN
PEJUANG WANITA MUSLIM







In the summer of 1987, I was riding the train out to British Columbia to start a tree-planting job in the mountains. I had just finished my undergraduate degree in Philosophy and had only recently begun my personal study of Islam. I came across Fazlur Rahman's Islam in a bookstore a few days before my trip. Reading that book as I traveled across the Canadian prairies, I made the decision to apply to graduate school in Islamic Studies. His book sparked in me a keen desire to study the classical heritage of Islamic theology and law. Going a step further, I wrote a letter to Rahman (this was before we all used email) describing my situation and inquiring if I might be able to study with him. I dropped the letter in a post box somewhere in the Rockies and forgot about it until I returned east in August. There I found a hand-written note from him, inviting me to come to the University of Chicago to study with him. Rahman died before I arrived in Chicago, but it was his book and his encouragement that inspired me to start on the path to scholarship that I have found so rewarding.

Dr. Ingrid Mattson is Director of the Macdonald Center for the Study of Islam and Christian-Muslim Relations, Director of Islamic Chaplaincy and Professor at the Macdonald Center for the Study of Islam and Christian-Muslim Relations at Hartford Seminary in Hartford, CT.

Dr. Mattson earned her Ph.D. in Islamic Studies from the University of Chicago in 1999. Her research is focused on Islamic law and society; among her articles are studies on slavery, poverty and Islamic legal theory.

Dr. Mattson was born in Canada, where she studied Philosophy at the University of Waterloo, Ontario (B.A. ’87). From 1987-1988 she lived in Pakistan where she worked with Afghan refugee women. In 2001 she was elected Vice-President of ISNA and in 2006 she was elected President of the organization. Dr. Mattson is the first convert to Islam and the first female to lead the Islamic Society of North America (ISNA).
___________________________________________________________________________________

Dr Rosnani Hashim is a Professor of Educational Foundations at the Centre for Education and Human Development, International Islamic University Malaysia. She specializes in philosophical and sociological foundations of Islamic Education. She obtained a Ph.D in Social Foundations of Education (Florida) in 1994, an M. Sc. in Curriculum and Instruction (Wisconsin-Madison) in 1978 and a B. Sc. (Cum Laude) in Mathematics (Northern Illinois) in 1976. Her works include "The Teaching of Thinking in Malaysia" (2003) and "Ekonomi dan Pendidikan dari Perspektif Islam" [Economics and Education from an Islamic Perspective] (2000). She has collaborated in international research projects on moral, religious and citizenship education (2000), and on 'September 11 and the Images of Islam and Muslims' (2002). These researches have been funded by the Japanese Ministry of Education and the Center for Pacific and American Studies, the University of Tokyo respectively. She is presently the Editor of "Jurnal Pendidikan Islam" [Journal of Islamic Education].
_____________________________________________________________________________________

Saya begitu tertarik untuk mengenali Dr. Ingrid Mattson selepas diperkenalkan oleh Kak Amani Salim beberapa tahun lepas. Selepas membaca tentang beliau, saya dapat merasakan betapa beruntungnya beliau mendapat ilham daripada Allah swt untuk belajar bersama Prof Fazlur Rahman, seperti yang dialami juga oleh guru saya, Prof. Rosnani Hashim (Kak Nani) yang banyak membaca tulisan Prof. Fazlur Rahman sehingga membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang falsafah pendidikan walaupun mempunyai latar belakang dalam bidang sains dan matematik.

Saya juga bertuah kerana diberi peluang oleh Allah swt untuk mengenali Kak Nani dengan dekat. Sebagai tokoh wanita yang melalui perjuangan pahit getir, bermula dari penubuhan MISG di Amerika sehinggalah terlibat dalam usaha awal penubuhan UIA di Malaysia, saya kira penglibatan beliau dalam gerakan dakwah selain dari terlibat aktif dalam dunia akademik tidak boleh dipandang enteng. Walaupun perkenalan kami hanya sebentar (beliau pernah membimbing saya untuk membuat translasi beberapa bab novel Pixie serta membuat kajian turun lapangan untuk projek 'Philosophy for Children' di Negeri Sembilan), kesempatan itu telah memberi peluang pada saya untuk mengenali hati budi beliau atau dalam erti kata lain "knowing the other side of her". Pandangan dan komentar beliau yang tuntas dan berani dalam menghuraikan pelbagai isu semasa dan sentiasa berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan membuatkan saya tertanya-tanya, diakah 'Zainab al-Ghazaliy' yang seterusnya...
_____________________________________________________________________________________

Perkenalan dengan Kak Amani merupakan suatu keajaiban juga dalam rentetan hidup saya. Saya terlebih dahulu mengenali bapa beliau (Prof. Madya Wan Salim) selaku murabbiy kami ketika di kampus dahulu...(USM) Pandangan beliau yang sederhana dan dakwah beliau tentang Islam dan gerakan Islam yang menyantuni kami siswa siswi dari pelbagai latar belakang ketika itu membuka mata dan mengetuk pintu hati saya untuk berjinak dalam harakah Islam. Saya percaya perkenalan saya dan Kak Amani seperti mana kata Buya HAMKA, roh kita pernah berjumpa suatu masa dahulu di alam roh dan apabila berjumpa di alam nyata ini, mereka akan bertemu dan saling berkasih sayang. Perjuangan Kak Amani dalam bidang nanoteknologi di Amerika adalah suatu usaha yang memerlukan kesabaran dan ketahanan dan wajar dicontohi. Kami sering bertukar pandangan terutamanya tentang ilmu dan perjuangan wanita Islam zaman ini dan idea beliau sering membuat saya berfikiran kritis dan memandang sesuatu perkara dari sudut perspektif yang berbeza.
____________________________________________________________________________________

Walaupun mereka tidak berkesempatan seperti Dr. Mumahammad Nur Manuty yang sempat berguru dengan Prof. Fazlur Rahman, seperkara yang saya dapat buat kesimpulan tentang Dr. Ingrid, Kak Nani dan juga Kak Amani (yang sedang mengikut jejak mereka berdua) ialah mereka di antara para pejuang wanita dan akademia yang sentiasa memberikan saranan dan pandangan yang cukup bernas, hujah yang sarat dengan fakta, kebenaran dan keyakinan serta pemikiran reflektif yang sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Moga kita diberi kekuatan untuk mengikut jejak mereka, diberi hati yang bersih agar membuahkan niat yang ikhlas dan amal soleh yang diterimaNya dalam memberi sumbangan pada ummah demi ad-Deen tercinta.

Tuesday, May 05, 2009

Catatan 1: MENGIMBAU ERTI PENDIDIKAN

Ini mungkin bukan karya falsafah, tapi ingin sekali saya berbicara tentang makna kehidupan, di mana permulaan dan pengakhiran, apa ertinya kebenaran dan keadilan. Catatan ini juga bukan catatan pengalaman semata-mata kerana saya sangat memandang tinggi maksud dan tujuan ilmu pengetahuan dan pendidikan, kesan dan implikasinya terhadap makna pembangunan insan, sehinggalah terbentuknya tamadun peradaban manusia dalam konteks yang lebih luas, yang mampu menterjemahkan erti kebahagiaan yang sering dicari-cari oleh insan sejak dahulu lagi.

Pendidikan… apa bezanya dengan pelajaran? Persoalan-persoalan ini selalu menerjah minda saya saban hari. Malah pertukaran nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran sering menimbulkan kegusaran dalam hati saya sehinggalah hari ini saya bertafakkur seketika tentang erti dan maknanya dalam hidup saya ketika dalam perjalanan pulang ke Taiping selepas menghadiri suatu majlis walimatul urus, anak kepada sepupu Mama di Bukit Beruntung pada tanggal 12 Rabiul Awwal 1428 Hijrah. Hari kebesaran seluruh umat Islam di dunia, yang pada hampir setiap tahun saya akan raikannya bersama sahabat-sahabat seperjuangan di majlis-majlis ilmu mahupun masjid-masjid. Sayu juga hati ini kerana tidak sempat menyambutnya seperti biasa pada tahun ini. Rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya yang baru saya sedari. Allah Maha Kaya lagi Maha Besar, ilmu yang saya perolehi hari ini sangat bermanfaat dan tidak mungkin saya perolehi di tempat dan ketika yang lain. SifatNya yang Maha Adil dan Maha Mengetahui menyebabkan saya tidak menyesal membuat keputusan untuk pulang ke kampung minggu itu meskipun masih banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah belum sempat disiapkan.

Dalam kereta, kami berbual panjang tentang zaman Mama dan Abah sewaktu kecil-kecil dahulu… bagaimana mereka menghabiskan zaman muda mereka, bagaimana mereka ‘dididik’ oleh semua kaum keluarga, bermula daripada peringkat nenek moyang, atok, opah dan encik (panggilan tradisi untuk emak bagi orang Perak) hinggalah ke bapa saudara, mak saudara, sepupu sepapat dan lain-lain lagi… Rupanya, baru saya sedar banyak juga sifat saya hari ini diwarisi daripada arwah atuk Ahmad (bapa Mama)… Sifat baik dan juga sifat yang kurang elok saya kira. Arwah atuk Ahmad memang terkenal dengan sifat penyayang dan pemurahnya; tak pernah lokek untuk menghulur wang ringgit kepada adik beradik, sanak saudara walaupun gajinya sebagai seorang anggota polis tidaklah seberapa pada masa itu. Arwah atuk Ahmad juga seorang yang tegas dan garang, siapa yang tidak kenal dengan Sarjan 2342 Ahmad bin Alang, melihat kelibatnya sahaja sudah buat mereka yang tidak mengenali hati budinya bergetar kepala lutut…

Menurut Mama, beliau mula bertugas di Kuala Lipis, dimana di situlah beliau berjumpa dengan arwah Yan (mak Mama) di sekitar tahun 1946…dan setelah beberapa kali berpindah, akhirnya arwah Tok Ahmad dan arwah Yan menetap di berek polis Taiping, di mana Mama dan Abah diijabkabulkan pada 3 April 1971 sebelum kedua-dua arwah mengakhiri sisa-sisa kehidupan mereka di Raub, Pahang sekitar tahun 1976. Sedikit sebanyak saya kembali merenung apa yang telah mereka korbankan pada zaman mereka demi untuk memastikan zuriat keturunan mereka mendapat ilmu dan menjadi insan yang lebih baik daripada mereka. Setelah bercerita panjang lebar, dapat saya simpulkan bahawa sememangnya penglibatan langsung generasi terdahulu dalam membangunkan insan yang baik (to produce a good man) sememangnya membawa impak besar dalam membentuk masyarakat yang baik (to build good citizen). Terhimbau baris-baris tulisan Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud yang mengulas panjang lebar dan penuh terperinci tentang gagasan falsafah pendidikan Islam yang dicetuskan oleh Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya ulungnya ‘Falsafah Pendidikan Islam’. Karya beliau ini saya sarankan untuk dimiliki, diamati dan dikhadami oleh semua mereka yang bergelar pendidik agar dasar dan asas kepada pendidikan yang diartikulasi dari perspektif Islami ini dapat difahami sedalamnya dan dihayati setulusnya.

Ironinya, para pendidik seharusnya meluruskan niat dan matlamat kita untuk berada di landasan ini supaya keberadaan kita bukanlah hanya bersifat terkebetulan, mengikut arus peredaran zaman atas dasar mencari punca rezeki mahupun pilihan yang dibuat itu diputuskan secara rela atas rasa menunaikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara.
Belated congartulations to adik..., the brilliant boy... Dalam sejarah family, adik dah dapat masuk utm skudai wpun belum dapat result spm. Tak ingat berapa A yg dia dapat-tapi for sure lagi banyak dari kakaknya ni. Dan sekali lagi, adik dapat offer kerja di JB sebelum pun keluar result final degree. Mg rezeki adik murah dan jadi anak yg soleh dunia akhirat...

Tuesday, March 31, 2009


Salam,

Tentunya sudah lama betul saya meninggalkan dunia blog saya... Niat di hati untuk 'mengimarahkan semula' blog ni dengan tambahan pengisian yang lebih bermakna dan 'gadget' yang menarik agar dapat dimanfaatkan sebaiknya... Sudah hampir 3-4 bulan juga tak menganjurkan program atau pengisian ilmu akibat desakan dan tuntutan tanggungjawab pendidik yang semakin bertambah..moga Allah permudahkan segala urusan. Ameen...

Teks Pengacaraan Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008 – 27 Oktober 2008

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari pulau mutiara,

Pemanis kata Selamat Datang,

Awal Bismillah pembuka Bicara.



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Exco Kerajaan Negeri Perak.

Yang Berusaha, En. Mustaffa b. Bakar, Yang DiPertua ABIM Taiping,

En. Zamri b. Ariffin, Setiausaha ABIM Daerah Taiping,

Tn. Hj. Abd. Latip b. Hj. Ismail, Pengarah TASKI ABIM Taiping,

Ahli-ahli Jawatankuasa EXCO ABIM TAIPING, Guru Besar TASKI ABIM,

Guru-guru TASKI, Barisan Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008, para waris/ibu bapa/penjaga yang dihormati seterusnya para pelajar TASKI ABIM yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tiggi kesyukuran dirafakkan kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, kita diberikan kemudahan untuk sama-sama dapat berkumpul bersama-sama di Dewan MPT ini, tidak lain dan tidak bukan bagi meraikan anak-anak didik kita setelah tamat pengajian mereka di TASKI-TASKI ABIM seluruh TAIPING bagi tahun 2008. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Besar Kita Muhammad SAW dan pihak majlis dengan besar hati mengalu-alukan kehadiran sidang tetamu, para waris dan ibu bapa serta hadirin semua ke Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008.

Sebagai pembuka tirai majlis ingin menjemput wakil pelajar dari setiap TASKI bagi membaca surah al-Fatihah, nyanyian lagu Negaraku, ikrar TASKI ABIM dan doa kedua ibubapa. Dipersilakan;

Adik MOHD ZAFRIN B. MEOR RAZALI dari TASKI Assam Kumbang

Adik MUHAMMAD HASIF B. AZIZI dari TASKI Taman Marissa

Adik ALIF ZULQARNAIN B. AMIR dari TASKI Taman Lela

Adik NOR HELMI B.NOR FUADI dari TASKI Kg. Pinang

Adik MUHAMMAD HAFIZ B. MAZLAN dari TASKI Taman Mewah

Dan Adik HARIZ B.SYAHMI B. HAIRO ROSE SIDI dari TASKI Kg. Jambu

Buat pengetahuan sidang hadirin, acara lafaz ikrar TASKI ABIM dan doa kedua ibu bapa akan diketuai oleh adik ALIF ZULQARNAIN B. AMIR dari TASKI Taman Lela.

Diminta sidang hadirin berdiri.

………………………………………………..

Jazakallahu Khairan Kathiro atas kerjasama yang diberikan.

Seterusnya, bagi memberkati lagi Majlis kita pada hari ini, majlis ingin menjemput Ustaz Abdul Rahman b. Abdullah, merangkap Guru Besar Sekolah Rendah ISLAM atau lebih dikenali dengan SRI ABIM TAIPING untuk bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………………..

Ameen…Ameen….Ameen Ya Robbal ‘Alamin. Jazakallah ustaz.

Dengan ini majlis ingin membawa sidang hadirin sekalian untuk sama-sama menikmati persembahan multimedia ABIM Taiping yang disediakan khas oleh Ustaz Hj. Abdul Mohsin b. Musa, merangkap Timbalan Yang Dipertua ABIM Taiping.

…………………………………………………

Syukran Jazilan atas halwa mata dan telinga yang cukup menarik sebentar tadi. Begitulah scenario yang pengrealisasian misi dan visi ABIM Taiping yang diterjemahkan melalui persembahan multimedia sebentar tadi.

Tanpa membuang masa lagi, Majlis ingin menjemput Tn. Hj. Abd. Latip b. Hj. Ismail selaku Pengarah TASKI ABIM Taiping bagi menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

……………………………………

Kiri jalan, kanan pun jalan,

Mana satu arah tujuan,

Syukran Pengarah TASKI kami ucapkan

Atas bimbingan serta dorongan.

Seterusnya, majlis ingin mempersilakan En. Mustaffa b. Bakar, Yang DiPertua ABIM Taiping bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala takzimnya dipersilakan.

……………………………………….

Syukran Jazilan buat Yang Dipertua ABIM Taiping atas ucapannya sebentar tadi.

Buah Langsat di tepi busut,

Mari dimuat di dalam peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Tibalah masanya ke acara yang dinanti-nantikan. Dengan ini majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Exco Kerajaan Negeri Perak bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………………………………………………

Jazakallahu Khairan Kathiro. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING bagi sidang 2008 .

Dengan ini, Majlis sekali lagi ingin menjemput En. Mustaffa b. Bakar, Yang DiPertua ABIM Taiping bagi mengiringi Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof bagi menyampaikan Hadiah kepada para anak didik yang dikasihi sekalian. Dengan segala hormatnya dipersilakan.



  1. Bagi penyampaian Hadiah PELAJAR CEMERLANG:
  2. Seterusnya bagi Hadiah Tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA untuk Pelajar Tahun 5
  3. Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA bagi Pelajar Tahun 6
  4. Seterusnya majlis ingin mengumumkan anugerah Guru Cemerlang. Pada tahun ini 2 orang guru telah terpilih dan dengan ini majlis dengan besar hati mempersilakan
    1. Cik Asmaa Diyanah bt. Yaacob dari TASKI Tmn. Lela dan
    2. Cik Nurul Akmalily bt. Md. Salleh dari TASKI Kg. Jambu

Bagi menerima anugerah GuruCemerlang bagi tahun 2008.

Maka dengan ini selesai sudah penyampaian hadiah kepada anak-anak didik yang dikasihi serta para guru yang banyak menyumbang bakti. Tahniah kepada semua dan semoga proses menimba ilmu ini tidak berakhir disini malah diteruskan dengan penuh iltizam lagi selepas ini.

Setenang-tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke hulu

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik dikenang selalu.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan En. Mustaffa b. Bakar, Yang Di Pertua ABIM Taiping bagi menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Exco Kerajaan Negeri Perak.

……………………………………………………………..

Jazakallahu Khairan Kathiro. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat menyempurnakan acara penyampaian hadiah buat anak-anak didik TASKI ABIM Taiping pada Majlis Konvokesyen TASKI ABIM TAIPING 2008. Majlis mempersilakan Yang Berhormat, Tn. Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof, diiringi oleh YDP ABIM Taiping serta barisan Exco ABIM Taiping bagi menikmati jamuan ringan yang disediakan. Dipersilakan.


MARTABATKAN BAHASA MELAYU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCrcxVh8j3uSLpFZ1IWf_O5mvQWY5cJKMI3A9CJYZ87A_flTKMYMb9r920oYlvLJNbGsbMDXdtYDbr8GVjyhNNYc2exxEjsLteQJYPjde8nmd8nFq0o_wYASihjxdZsQTTczk8fg/s1600-h/ppsmi_02.png